Blogger Widgets

Monday, 10 December 2012




Uji Minda.


Kenal pasti kesalahan dalam ayat-ayat di bawah dan tuliskan ayat-ayat yang betul.


1.  Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.


2.  Semua pelajar yang sedang berkumpul di dewan sekolah
     yang baru dibina itu.

3.  Industri berat yang akan dimajukan di negara kita.

4.  Lebuh raya itu akan pada tahun depan dibuka  laluannya.

5.  Mereka dikehendaki dalam masa seminggu  menyiapkan
     kerja itu.

Bahan Bantu Mengajar.

Kad Gambar Tunggal.



1.Berdasarkan gambar di atas, tuliskan nama-nama haiwan yang dikenal pasti.


2.Berdasarkan gambar di atas, bina lima ayat daripada perkataan-perkataan yang diberi:

-memanjat
-bermain buaian
-bermain jongkang-jongket
-bersiar-siar

Friday, 7 December 2012

Bahan Bantu Mengajar.

Kata Kerja

bermain jongkang-jongket

bersiar-siar

memanjat

membaca

bermain 


Bina dua ayat daripada setiap kata kerja yang diberi.

          KATA PENGUAT
Penggunaan kata penguat boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Penguat Hadapan, Penguat Belakang dan Penguat Bebas.
 Contohnya;
Kata Penguat Hadapan          :agak, begitu, paling, terlalu.
Kata Penguat Belakang         :benar, betul, nian, sekali
Kata penguat Bebas               :amat, sangat, sungguh.
Kata penguat hadapan dan belakang tidak boleh digunakan serentak dalam satu ayat.
Salah:
Pemandangan sawah padi di waktu senja amat cantik sekali.
Dia  terlalu percaya sangat akan kata-kata kawannya itu.
Betul:
Pemandangan sawah padi di waktu senja amat cantik.
Pemandangan sawah padi di waktu senja cantik sekali.
Dia  terlalu percaya akan kata-kata kawannya itu.
Dia percaya sangat akan kata-kata kawannya itu.
Kata adjektif dengan imbuhan “ter” tidak perlu disertai dengan kata penguat sangat, amat, sekali.
Contoh: Salah:
Jambatan Pulau Pinang adalah jambatan yang terpanjang sekali di Asia Tenggara
Syuhada memperoleh markah yang tertinggi sekali pada peperiksaan akhir tahun.
Betul:
Jambatan Pulau Pinang adalah jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara.
Jambatan Pulau Pinang adalah jambatan yang panjang sekali di Asia Tenggara.
Syuhada memperoleh markah yang tertinggi pada peperiksaan akhir tahun.
Syuhada memperoleh markah yang tinggi sekali pada peperiksaan akhir tahun.