Blogger Widgets

Friday, 7 December 2012


          KATA PENGUAT
Penggunaan kata penguat boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Penguat Hadapan, Penguat Belakang dan Penguat Bebas.
 Contohnya;
Kata Penguat Hadapan          :agak, begitu, paling, terlalu.
Kata Penguat Belakang         :benar, betul, nian, sekali
Kata penguat Bebas               :amat, sangat, sungguh.
Kata penguat hadapan dan belakang tidak boleh digunakan serentak dalam satu ayat.
Salah:
Pemandangan sawah padi di waktu senja amat cantik sekali.
Dia  terlalu percaya sangat akan kata-kata kawannya itu.
Betul:
Pemandangan sawah padi di waktu senja amat cantik.
Pemandangan sawah padi di waktu senja cantik sekali.
Dia  terlalu percaya akan kata-kata kawannya itu.
Dia percaya sangat akan kata-kata kawannya itu.
Kata adjektif dengan imbuhan “ter” tidak perlu disertai dengan kata penguat sangat, amat, sekali.
Contoh: Salah:
Jambatan Pulau Pinang adalah jambatan yang terpanjang sekali di Asia Tenggara
Syuhada memperoleh markah yang tertinggi sekali pada peperiksaan akhir tahun.
Betul:
Jambatan Pulau Pinang adalah jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara.
Jambatan Pulau Pinang adalah jambatan yang panjang sekali di Asia Tenggara.
Syuhada memperoleh markah yang tertinggi pada peperiksaan akhir tahun.
Syuhada memperoleh markah yang tinggi sekali pada peperiksaan akhir tahun.

No comments:

Post a Comment