KESALAHAN PENGGUNAAN
TATABAHASA DI DALAM BILIK DARJAH
KESALAHAN AYAT
Terdapat beberapa kesalahan ayat
yang dapat dikenal pasti yang sering dilakukan oleh murid-murid semasa
pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Antaranya ialah:
i Ayat tergantung.
ii Struktur ayat yang salah.
iii Ayat gabungan
iv Ayat pancangan
1) Ayat Tergantung.
Ayat terdiri daripada subjek dan
predikat. Dalam susunan ayat biasa, subjek terletak di depan dan predikat di
belakang.
Contoh:
Rumah
itu agak besar.
Rumah
itu – subjek (di depan) agak
besar – predikat (di belakang)
Apabila
sesuatu yang diucapkan itu tidak mempunyai subjek atau predikat, maka bentuk
ujaran itu disebut ayat tergantung.
2) Kesalahan Struktur Ayat :
Ayat
ialah struktur yang mengandungi topik cerita dan cerita mengenai topik itu
serta mempunyai makna yang lengkap dan logik. Sesuatu ayat mesti mengandungi
subjek dan predikat. Dalam struktur dasarnya, ayat terbentuk daripada susunan
subjek diikuti predikat. Ayat yang salah dari segi strukturnya menyebabkan makna ayat tersebut kabur dan
sukar difahami.
Contoh
: Struktur salah :
Encik
Sabri menerima daripada penganjur cek kemenangannya.
Mereka
dikehendaki dalam masa seminggu menyiapkan kerja itu.
Struktur
betul:
Encik
Sabri menerima cek kemenangannya daripada penganjur.
Mereka
dikehendaki menyiapkan kerja itu dalam masa seminggu.
3) Kesalahan ayat majmuk gabungan :
Ayat
gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang digabungkan dengan kata hubung.
Kesalahan dalam
pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang
membentuk ayat
gabungan tidak digabungkan dengan betul dan
menggugurkan kata sendi pada unsur
yang kedua.
Contoh : Salah :
Agar semua ahli
berusaha bersungguh-sungguh, kejayaan akan dicapai.
Mereka akan melancong
ke Medan atau Bandung?
Betul :
Jika semua ahli
berusaha bersungguh-sungguh, kejayaan akan dicapai.
Mereka akan melancong
ke Medan atau ke Bandung?
4) Kesalahan ayat majmuk pancangan :
Ayat pancangan ialah
ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal
yang salah satunya dipancangkan
pada ayat yang satu lagi.
Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku
apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya.
Salah :
Banglo mewah itu yang
terletak di pinggir bukit tidak ada penghuninya.
Betul :
Banglo mewah itu yang
terletak di pinggir bukit itu tidak ada penghuninya.
Kesalahan ayat
pancangan juga berlaku apabila tidak ada kata hubung kata hubung pancangan yang
menghubungkan antara ayat kecil dengan ayat induk.
Salah :
Ibu berdoa kamu beroleh kejayaan.
Semua orang tahu dia
penyanyi tersohor.
Betul :
Ibu berdoa agar kamu
beroleh kejayaan.
Semua orang tahu
bahawa dia penyanyi tersohor.